Malu nye.............

| Friday, December 26, 2008

...Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang. Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktupenerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya.Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama.
Didalamhati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. Alangkah tak malunya lelakini.....dah la tak mintak dari aku....makan sama banyak dengan aku pulaktu...Pencuri! !!! rungut wanita itu dalam hati. Dalam pada itu lelaki itudengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskutyang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi darilelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu laludipatahdua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu.Wanita itu menjadi begitumarah namun dia tetap menahan dirinya dari mememarahi lelaki itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanyayang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya. Berani sungguh lelaki ni.Memang muka tak malu. Pencuri besar.Kedua- dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaikipesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepasdari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila diasampai ditempat duduk nya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskutberada di dalam begnya masih elok belum terbuka.Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makantadi.....
Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itutelah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhirbiar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan keranabersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.
Moral
1: Oleh itu...jangan makan biskut masa tunggu bas/keretapi/ kapalterbang...makan benda lain.
Moral
2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding perempuan... .hahahaha.... eh x jugak tu.... saJe wat cool............. hihii
hurm.... same la mcm iklan dlm tv kn yg adibah noor tu......

0 comments: